Sunday, September 6, 2009

MyPC Ke CAMERON HIGHLAND

Siapa yang timbulkan perkataan KGG tu memang handal [gua la tu] sebab selain dari Kereta Gua Glamor, boleh juga guna Kelab Gua Glamor. Kalau siapa yang ada kura-kura pun gua suspek boleh hantar sebab boleh tukar jadi Kura-Kura Gua Glamor. Tapi gua rasa siapa ada kuda pun boleh, keldai ke kereta api ke sebab semuanya mula huruf K. Hnnssss…. Hnnnnssss Hnnsssss… Gua tau gua memang handal.

Apa dah gua nak tulis tadi… Haaa.. Kalau lu orang nak tahu, si Nelza dari MyPerdanaClub bagi pada gua aktiviti diaorang konvoi ke Cameron Highlands. Gua tade hal punya, gua memang suka kelab-kelab ni sebab banyak faedahnya, kalau lu main kereta tapi tiada kelab mana nak sempurna, takkan nak syok sendiri betul tak? Apa-apa hal kalau ada masalah ada tempat nak bertanya. Kalau lu pergi tanya Mat Kacau Bilau dalam Majalah Kereta memang silap besar. Baik lu tanya jiran selang sebelah rumah pun lagi ada faedah.


MyPerdanaClub (Santai Di Cameron Highlands)

8 - 9 Ogos 2009: Konvoi MyPerdanaClub menggegarkan tanah tinggi Cameron Highlands dengan deruman-deruman enjin turbo dari berpuluh-puluh bijik [buah la Nelza, bukan biji] Proton Perdana (tak termasuk kereta aku, standad gaban sahaja, harap maklum). Terima kasih kepada ZammTT yang menjadi PM untuk event kali ini.

Konvoi ini menggabungkan pemilik Proton Perdana daripada beberapa negeri di Malaysia seperti Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Kelantan (balik awai, Ahad kijo) Perak (wakil ada dua bijik [buah la woi] je..termasuk aku yang mendaki dari Tapah sebab balik amik family dulu..)



Program ini dianjurkan oleh geng-geng Penang. Saja-saja post dekat forum, tup-tup dapat sambutan yang menggalakkan dari negeri-negeri lain. Sebenarnya sehari sebelum nak berkonvoi tu, ramai yang mengesahkan diri untuk turut serta, tapi biasa la..batal saat akhir. Ada juga sebuah [ha pandai pun lu-buah] dua kereta yang dah berkumpul sekali pagi tu, tapi terpaksa patah balik sebab kereta ada masalah (kereta kuat la katakan). Jadi, nak bagi senang cerita, anggap je la aku pun berkonvoi dari Penang juga. Konvoi berkumpul di RnR Juru pada pukul 8.30 pagi, kononnya nak bertolak dalam pukul 9 pagi. Tapi aku dah kenal dah diorang nih. Pukul 9 pagi? Huh..aku lagi terer, pukul 11 lebih baru keluar dari rumah.

Konvoi berhenti rehat dekat RnR Sungai Perak (kalau ikut aku, shoot terus je. Biar terbako enjin-enjin tebo diorang). Janji kononnya nak sampai kat depan balai polis Cameron Highlands pukul 12.30. Tapi kali ni aku ingat aku terer. Janji pukul 12.30 tapi aku sampai pukul 1. Rupanya diaorang lagi terer, sampai pukul 1.30 petang. Terpacak gak la aku dengan keluarga menunggu. Nasib baik cuaca sejuk. So, kami check in dekat Autorium Park (betul ke?) lebih kurang pukul 2 petang.


Pukul 2 petang, MyPC semak masuk (check-in) kat apartment Ah Chong (aku main bedal je nama ni) di Authorium Park. Manusia-manusia diberi masa setengah jam nak pindah barang masuk ke apartment. Memang malang betul aku bila dapat tingkat yang paling atas sekali (tingkat 7 dan tiada lif, terima kasih satu!).

Aktiviti lepas tu, konvoi bergerak ke ladang teh BOH Sungai Palas. Jalan punya la sempit, ngam-ngam je untuk sebuah kereta dengan seekor kambing kat tepi. Silap bajet sikit je, confirm terjun bukit. Boleh tahan jugak la tingginya. Kalau jatuh tuh kira siap-siap je la beli apa-apa yang patut, paling tidak pun koma, kalau nasib baik sikit NOKTAH terus. Tapi yang bestnya, semua pelancong kat situ tergedik nak ambil gambar kitaorang, masa tu la ada yang berlakon nak jadi Takumi la. Nak jadi Mika Hakinen la.



Kalau nak ikutkan aku dah lapan puluh sembilan kali dah p kat kilang tu, bukan ada apa pun. Tapi memandangkan nak bawak mak bapak dan adik aku (anak mithali) dan dah memang event, so jalan….

Kat atas tu kitorang dapat VVIP punya parking sebab tokeh kilang tu pun join kelab (ni aku tak tau, diorang yang cakap). So, kat sana kami jumpa manusia-manusia dari Kelantan. Meriah jugak, bebuah-buah kereta gak yang datang dari Kelantan ni. Tapi tak boleh nak join aktiviti malam sebab diorang dah nak balik (Kelantan-Ahad kerja).



Malam

Aktiviti yang di tunggu barbecue.. bagi sedap sikit BBQ. Memang meriah (masa makan baru nampak muka). Bukan nak puji sangat la, tapi ayam dengan sate memang mantap! boleh di ketengahkan dan ketepikan. Lembut. Ayam untuk dimakan ok? Bukan ayam lain. Maklum la di Cameron ni kan sejukm ada yang salah paham nanti. Kebetulan malam tu hari jadi ZamTT aka tuan PM event ni. Aku dah nampak kek dua bijik, seriously aku ingatkan untuk makan. Rupa-rupanya…. Lu pikior le sendiri…

Kek ada dua, so orang tua-tua bangka kata tak baik membazir kan? Hah kebetulan, pucuk dicita batang kayu yang datang, ada la sorang mamat ni (Mizzie) dengan bijak pandai serta angkuhnya tunjuk IC dia. Bulan 8. Apa lagi, mangsa datang serah diri. Niat di hati tak mau tambah dosa pedajalkan orang, tapi nak buat macam mana, rasa bersalah je kalau kek satu lagi tak habis.



Nah, amik kau.. sebelum ni penah dengar je orang makan guna hidung. Kali ni apa perasaan anda? perasan……

Acara selingan malam tu ialah sambutan hari jadi Matmie dan Ayie_Phg yang kebetulan lahir pada bulan 8. Ayie ni kesian sikit dah dua kali dia kena. sampai berdendam dengan aku. Nasib la, sapa suruh ko keluar bulan 8. Lain kali tahan la sikit, keluar bulan 9 ke, bulan 13 ke. Selamat, dijamin. FYI, kek ini pun Ayie yang beli, kira macam sirih pulang ke gagang lam makan tuan. Setelah habis semua dibakar, lebih kurang pukul 12 malam, tetiba semua hilang. Magic!, mampak gayanya pok amai amai belalang kupu kupu, makan ramai ramai, kemas satu satu.

8 Ogos 2009.

Bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju. Ooops, manusia-manusia diminta berkumpul pada pukul 9 pagi. Tapi bila dah dilahirkan terer ni, aku turun dari apartment aku pukul 9.30 pagi. Ingatkan aku dah lambat, tapi ramai lagi manusia yang lagi lambat. Sementara tunggu manusia-manusia yang terbabas ni bersiap-siap (ntah-ntah ada yang belum bangun tido) yang mana ada tu panaskan enjin dulu, maklumla lepas ni nak sambung teknik apungan (drift) kat Cameron.



Setelah masing-masing keluar akar tunggu manusia-manusia tersebut turun. So, yang mana ada tu kitaorang gerak dulu. Konvoi menuju ke kawasan Teh Barat. Lepak kat sana sambil minum-minum teh tarik yang sama je macam kat tempat aku. Aku yang taktau hapa ni dengan machonya pesan kat awek tu teh tarik satu. Dengan berlagak macam hero keluarkan duit RM1 dua keping. Lepas tu awek tu sound aku, RM5 bang…Herkkkkkk.. macam nak tersembur balik je teh tarik tu..tau la gula sekarang ni mahal, tapi agak-agak la teh tarik sampai 5 hengget. Letak gula 4 kilo ke kat dalam tu? Ish, patutnya datang tempat teh, teh tarik kena murah la. Ini tak, dibantainya aku. Nasib baik tak pesan 8. Kalau tak, nak cuci pinggan? Tak sanggup aku.

Lepas gerak dari Teh Barat, aku tak tau apa yang jadi kat konvoi sebab aku terus gerak ikut Tapah, dengarnya diaorang nak ke ladang strawberry la, ladang epal la, ladang buah salak la (ada ke kat Cameron ni?). So, event ni kira tamat la.



Aku nak ucapkan lapan jutaaan terima kasih kat kawan-kawan yang anjurkan program kali ni. Program kali ni memang mantap la, kebanyakkannya bawak XYL dengan anak-anak. Aku je yang bawak mak bapak (sabar sabar). Terima Kasih banyak-banyak. Harap-harap makin banyak program. Dan makin kopak la duit gua.

Sekian, terima kaseyyyyyy!

Next Northern event : 5 September 2009 (Majlis Berbuka Puasa Di Laguna Club Sg Petani)
Disember 2009 (Bersantai dan kenduri di Sabah bahhhhh)

[Ini adalah PETIKAN ARTIKEL ehsan dari GearTinggi.com - Hasil coretan MyPC Nelza.. - Thanks Bro]

No comments:

Post a Comment