Thursday, September 17, 2009

MyPC Gegarkan Laguna Club Merbok.

Photobucket

Tanggal 5 September 2009 - Deruman enjin dari pemilik-pemilik Proton Perdana Malaysia (walaupun ada yang standard) meriuhkan perkarangan Kelab Laguna. Sekalung tahniah buat ZamTT selaku PM event ini kerana sekali lagi telah berjaya menggabungkan ahli-ahli MyPerdanaClub dari beberapa buah negeri. Menghimpunkan kira-kira 40 buah kereta. Tu pun ada yang bagi nama,tapi tak datang sebab, (bini,awek,tunang,XYL) tak bagi datang.

Photobucket
konvoi dari Kedah dan Perlis

Photobucket
konvoi dari Penang

Photobucket
Sampai di destinasi, Kelab Laguna

Upacara majlis - Oleh sebab menunggu ketibaan ahli pada jam 63.0 seperti yang di janjikan(macam biasa,datang lambat), konvoi dari Penang tiba di Laguna Club time orang dah berbuka. So, secara automatiknya lauk habis dan terpaksa tunggu batch lauk yang kedua di hidangkan. Sementara menunggu, kami semua sempat beramas-mesra sesama ahli negeri lain (Perak,Kedah,Perlis, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan)yang sebelum ni cuma dok lawan mengutuk dalam forum.

Photobucket
upacara makan-makan

Photobucket
abg azmay- makan bagi cukup 20hengget

Photobucket
sikap perkauman - penyokong MU buli orang nih

Sesi Tazkirah - Lepas makan, berkumpul di lobi untuk sesi seterusnya, sesi tazkirah versi MyPC oleh tuan prez MyPC dan perkenalan diri untuk setiap ahli. Selepas tamat, sesi berikutnya iaitu sesi penyerahan dan melekatkan sticker bonet untuk ahli.

Photobucket
Sesi Penyerahan Sticker

Photobucket
Sesi Lekatkan sticker

Photobucket
Sesi photografi secara jemaah untuk kenang kenangan.

Majlis bersurai kira-kira jam 11 malam (tu pon sebab kena halau oleh pak guard). Masing-masing membawa haluan sendiri. Jutaan terima kasih kepada semua kerana sudi menjayakan satu lagi event dari MyPC Penang. Tapi diorang ni memang best, walaupun jauh, sanggup turun dari KL,Perlis,Negeri Sembilan (ada? )semata-mata nak memeriahkan majlis ni. Respek la anda semua.

Tamat majlis, sekumpulan ahli-ahli tegar menyambung TT di satu restoran di Sungai Petani.

more pic
http://s22.photobucket.com/albums/b325/nelza_ax/MyPC%20LagunaClub/?start=40


Next event : TT Hari Raya MyPC

Sunday, September 6, 2009

MyPC Ke CAMERON HIGHLAND

Siapa yang timbulkan perkataan KGG tu memang handal [gua la tu] sebab selain dari Kereta Gua Glamor, boleh juga guna Kelab Gua Glamor. Kalau siapa yang ada kura-kura pun gua suspek boleh hantar sebab boleh tukar jadi Kura-Kura Gua Glamor. Tapi gua rasa siapa ada kuda pun boleh, keldai ke kereta api ke sebab semuanya mula huruf K. Hnnssss…. Hnnnnssss Hnnsssss… Gua tau gua memang handal.

Apa dah gua nak tulis tadi… Haaa.. Kalau lu orang nak tahu, si Nelza dari MyPerdanaClub bagi pada gua aktiviti diaorang konvoi ke Cameron Highlands. Gua tade hal punya, gua memang suka kelab-kelab ni sebab banyak faedahnya, kalau lu main kereta tapi tiada kelab mana nak sempurna, takkan nak syok sendiri betul tak? Apa-apa hal kalau ada masalah ada tempat nak bertanya. Kalau lu pergi tanya Mat Kacau Bilau dalam Majalah Kereta memang silap besar. Baik lu tanya jiran selang sebelah rumah pun lagi ada faedah.


MyPerdanaClub (Santai Di Cameron Highlands)

8 - 9 Ogos 2009: Konvoi MyPerdanaClub menggegarkan tanah tinggi Cameron Highlands dengan deruman-deruman enjin turbo dari berpuluh-puluh bijik [buah la Nelza, bukan biji] Proton Perdana (tak termasuk kereta aku, standad gaban sahaja, harap maklum). Terima kasih kepada ZammTT yang menjadi PM untuk event kali ini.

Konvoi ini menggabungkan pemilik Proton Perdana daripada beberapa negeri di Malaysia seperti Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Kelantan (balik awai, Ahad kijo) Perak (wakil ada dua bijik [buah la woi] je..termasuk aku yang mendaki dari Tapah sebab balik amik family dulu..)



Program ini dianjurkan oleh geng-geng Penang. Saja-saja post dekat forum, tup-tup dapat sambutan yang menggalakkan dari negeri-negeri lain. Sebenarnya sehari sebelum nak berkonvoi tu, ramai yang mengesahkan diri untuk turut serta, tapi biasa la..batal saat akhir. Ada juga sebuah [ha pandai pun lu-buah] dua kereta yang dah berkumpul sekali pagi tu, tapi terpaksa patah balik sebab kereta ada masalah (kereta kuat la katakan). Jadi, nak bagi senang cerita, anggap je la aku pun berkonvoi dari Penang juga. Konvoi berkumpul di RnR Juru pada pukul 8.30 pagi, kononnya nak bertolak dalam pukul 9 pagi. Tapi aku dah kenal dah diorang nih. Pukul 9 pagi? Huh..aku lagi terer, pukul 11 lebih baru keluar dari rumah.

Konvoi berhenti rehat dekat RnR Sungai Perak (kalau ikut aku, shoot terus je. Biar terbako enjin-enjin tebo diorang). Janji kononnya nak sampai kat depan balai polis Cameron Highlands pukul 12.30. Tapi kali ni aku ingat aku terer. Janji pukul 12.30 tapi aku sampai pukul 1. Rupanya diaorang lagi terer, sampai pukul 1.30 petang. Terpacak gak la aku dengan keluarga menunggu. Nasib baik cuaca sejuk. So, kami check in dekat Autorium Park (betul ke?) lebih kurang pukul 2 petang.


Pukul 2 petang, MyPC semak masuk (check-in) kat apartment Ah Chong (aku main bedal je nama ni) di Authorium Park. Manusia-manusia diberi masa setengah jam nak pindah barang masuk ke apartment. Memang malang betul aku bila dapat tingkat yang paling atas sekali (tingkat 7 dan tiada lif, terima kasih satu!).

Aktiviti lepas tu, konvoi bergerak ke ladang teh BOH Sungai Palas. Jalan punya la sempit, ngam-ngam je untuk sebuah kereta dengan seekor kambing kat tepi. Silap bajet sikit je, confirm terjun bukit. Boleh tahan jugak la tingginya. Kalau jatuh tuh kira siap-siap je la beli apa-apa yang patut, paling tidak pun koma, kalau nasib baik sikit NOKTAH terus. Tapi yang bestnya, semua pelancong kat situ tergedik nak ambil gambar kitaorang, masa tu la ada yang berlakon nak jadi Takumi la. Nak jadi Mika Hakinen la.



Kalau nak ikutkan aku dah lapan puluh sembilan kali dah p kat kilang tu, bukan ada apa pun. Tapi memandangkan nak bawak mak bapak dan adik aku (anak mithali) dan dah memang event, so jalan….

Kat atas tu kitorang dapat VVIP punya parking sebab tokeh kilang tu pun join kelab (ni aku tak tau, diorang yang cakap). So, kat sana kami jumpa manusia-manusia dari Kelantan. Meriah jugak, bebuah-buah kereta gak yang datang dari Kelantan ni. Tapi tak boleh nak join aktiviti malam sebab diorang dah nak balik (Kelantan-Ahad kerja).



Malam

Aktiviti yang di tunggu barbecue.. bagi sedap sikit BBQ. Memang meriah (masa makan baru nampak muka). Bukan nak puji sangat la, tapi ayam dengan sate memang mantap! boleh di ketengahkan dan ketepikan. Lembut. Ayam untuk dimakan ok? Bukan ayam lain. Maklum la di Cameron ni kan sejukm ada yang salah paham nanti. Kebetulan malam tu hari jadi ZamTT aka tuan PM event ni. Aku dah nampak kek dua bijik, seriously aku ingatkan untuk makan. Rupa-rupanya…. Lu pikior le sendiri…

Kek ada dua, so orang tua-tua bangka kata tak baik membazir kan? Hah kebetulan, pucuk dicita batang kayu yang datang, ada la sorang mamat ni (Mizzie) dengan bijak pandai serta angkuhnya tunjuk IC dia. Bulan 8. Apa lagi, mangsa datang serah diri. Niat di hati tak mau tambah dosa pedajalkan orang, tapi nak buat macam mana, rasa bersalah je kalau kek satu lagi tak habis.



Nah, amik kau.. sebelum ni penah dengar je orang makan guna hidung. Kali ni apa perasaan anda? perasan……

Acara selingan malam tu ialah sambutan hari jadi Matmie dan Ayie_Phg yang kebetulan lahir pada bulan 8. Ayie ni kesian sikit dah dua kali dia kena. sampai berdendam dengan aku. Nasib la, sapa suruh ko keluar bulan 8. Lain kali tahan la sikit, keluar bulan 9 ke, bulan 13 ke. Selamat, dijamin. FYI, kek ini pun Ayie yang beli, kira macam sirih pulang ke gagang lam makan tuan. Setelah habis semua dibakar, lebih kurang pukul 12 malam, tetiba semua hilang. Magic!, mampak gayanya pok amai amai belalang kupu kupu, makan ramai ramai, kemas satu satu.

8 Ogos 2009.

Bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju. Ooops, manusia-manusia diminta berkumpul pada pukul 9 pagi. Tapi bila dah dilahirkan terer ni, aku turun dari apartment aku pukul 9.30 pagi. Ingatkan aku dah lambat, tapi ramai lagi manusia yang lagi lambat. Sementara tunggu manusia-manusia yang terbabas ni bersiap-siap (ntah-ntah ada yang belum bangun tido) yang mana ada tu panaskan enjin dulu, maklumla lepas ni nak sambung teknik apungan (drift) kat Cameron.



Setelah masing-masing keluar akar tunggu manusia-manusia tersebut turun. So, yang mana ada tu kitaorang gerak dulu. Konvoi menuju ke kawasan Teh Barat. Lepak kat sana sambil minum-minum teh tarik yang sama je macam kat tempat aku. Aku yang taktau hapa ni dengan machonya pesan kat awek tu teh tarik satu. Dengan berlagak macam hero keluarkan duit RM1 dua keping. Lepas tu awek tu sound aku, RM5 bang…Herkkkkkk.. macam nak tersembur balik je teh tarik tu..tau la gula sekarang ni mahal, tapi agak-agak la teh tarik sampai 5 hengget. Letak gula 4 kilo ke kat dalam tu? Ish, patutnya datang tempat teh, teh tarik kena murah la. Ini tak, dibantainya aku. Nasib baik tak pesan 8. Kalau tak, nak cuci pinggan? Tak sanggup aku.

Lepas gerak dari Teh Barat, aku tak tau apa yang jadi kat konvoi sebab aku terus gerak ikut Tapah, dengarnya diaorang nak ke ladang strawberry la, ladang epal la, ladang buah salak la (ada ke kat Cameron ni?). So, event ni kira tamat la.



Aku nak ucapkan lapan jutaaan terima kasih kat kawan-kawan yang anjurkan program kali ni. Program kali ni memang mantap la, kebanyakkannya bawak XYL dengan anak-anak. Aku je yang bawak mak bapak (sabar sabar). Terima Kasih banyak-banyak. Harap-harap makin banyak program. Dan makin kopak la duit gua.

Sekian, terima kaseyyyyyy!

Next Northern event : 5 September 2009 (Majlis Berbuka Puasa Di Laguna Club Sg Petani)
Disember 2009 (Bersantai dan kenduri di Sabah bahhhhh)

[Ini adalah PETIKAN ARTIKEL ehsan dari GearTinggi.com - Hasil coretan MyPC Nelza.. - Thanks Bro]

Monday, August 10, 2009

Promosi Kerjasama JTK Penang & My@PC Penang

matmie selaku ketua perhubungan negeri, menerima cenderhati dari pengarah besar Jabatan Tenaga Kerja (JTK Penang)

kereta my@pc janvr4 diberi penghormatan untuk majlis penampalan sticker promosi

Abang Naser Len @ Castello png (selaku pm untuk event ni)

Bendahari my@pc png khairul @ Apex png tgh dok pikir brp riban masyukkk ni...

walaupun hujan turun(hujan rahmat dipagi jumaat) semua ahli memberi sambutan yg hebat

ZamTT tengah tampal sticker Promosi..



Kete KUEK nih... huhuhu



Jumaat, 07 hb. Ogos 2009
- Hari ini adalah hari yang bersejarah buat seluruh warga my@pc penang dan jugak seluruh rakan2 My@PC Se-malaysia buat pertama kalinya My@PC Penang bekerjasama dengan jabatan tenaga kerja Pulau Pinang bagi menajayakan program peluang pekerjaan buat seluruh rakyat yg berada di bumi malaysia yang tercinta ini...

Kami mengucapkan jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan My@PC yang terlibat secara langsung dan jugak yang memberi sokongan kepada kami. Terima kasih buat saudara Naser Len sebagai PM untuk event ni. Dan jugak jutaan terima kasih buat rakan-rakan yang sudi melapangkan masa untuk menjayakan program ini, tanpa anda semua maka tak akan jadi program ini dengan jayanya...

Antara rakan2 yang terlibat...

pm event ni:-
Naser Len

yang tgh deman(amik mc):-
Zamtt png

yang tengah bekerja tapi keluar untuk support:-
matmie
shah
azmel

yang baru balik kerja malam:-
khairul@apex png
janvr4
ajaivr4
rahim
muhammad
man js

hampa semua memang best...great teamwork for my@pc Penang...

Wednesday, July 22, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG My@PC PENANG


Selamat DATANG diucapkan kepada rakan2 My@PC dan juga kepada pengunjung BLOG My@PC Penang ni...

BLOG ini ditubuhkan untuk menambah CERIA Kelab TERCINTA kita ni... juga bagi memperkasakan aktiviti dari negeri Pulau Pinang khusus nya...


Yang PENTING adalah semangat KERJASAMA dan semangat SETIAKAWAN juga HORMAT MENGHORMATI diantara ahli2 My@PC...
Diharap SEMUA Enjoyyyy!...

Terima Kasih...