Sunday, December 26, 2010

Juara Rakyat Parlimen Bagan

Maaf banyak-banyak lambat update 'entry' ni.
Pada 27 June 2010 lepas, MyPC Penang dijemput untuk mengiringi Y.B. Tan Sri Nor Mohamed Bin Yakop ke Flet Ampang Jajar Mak Mandin dari Permatang To' Jaya bagi merasmikan Program Juara Rakyat di Parlimen Bagan. Sebanyak 6 buah kenderaan Proton Perdana telah terlibat untuk mengiringi Y.B. dengan kerjasama dua buah motosikal trafik dari IPD SPU. Kami mengucapkan terima kasih buat Mejar (B) Dato' Sabri Samad kerana memberi ruang kepada kami untuk mengiringi Y.B.

Menanti ketibaan Y.B. di Sekolah Menengah Permatang To' Jaya


Tiba di Flet Ampang Jajar Mak Mandin


Terima kasih Datuk (kanan sekali)


Menerima sumbangan dari Urusetia. Terima kasih daun keladi ... ada lagi jemput la kami .. hehehehehehe















Thursday, December 23, 2010

Marshalling Konvoi Pengantin EOCM

Tarikh : 18 Disember 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Bertam, Kepala Batas, Penang
Project Manager : Zam-TT

Buat pertama kalinya MYPC Penang telah diberi kepercayaan untuk membuat Marshalling konvoi mengiringi salah seorang ahli Exora Owners Club Malaysia (EOCM) yang melangsungkan perkahwinan. Sebanyak buah 8 kenderaan Marshall Proton Perdana mengiringi hampir 25 buah kenderaan Proton Exora.


Raja Sehari - Tahniah dari MyPC


Taklimat dari PM - ZamTT


Selesai - TT di Kiosk Bertam

Monday, August 23, 2010

Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim


Bersempena dengan bulan ramadan yang penuh keberkatan ini, MyPC Penang dengan rasa penuh keinsafan telah menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik.

Seramai 20 anak yatim dan 10 ibu-ibu tunggal dari Qariah Taman Seri Jenerih, Tikam Batu, Sungai Petani dibawa ke RnR BAgan Ajam bagi majlis berbuka dan penyampaian sumbangan. Dan seperti biasa ramai ahli-ahli MyPC Penang turut turun padang bagi memberikan komitmen bagi menjayakan program amal ini.

Diharap usaha yang sedikit ini dapat memberi seribu makna kepada mereka yang dirai. Dan semoga kehadiran Syawal yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh makna.

Monday, August 9, 2010

Konvoi Pengantin wan_ps

Pada 9 Ogos 2010, MyPC Penang turut meraikan hari bahagia salah seorang ahli dari Perlis iaitu wan_ps. Sebanyak 9 buah kereta berjaya dikumpulkan bagi memeriahkan konvoi pengantin yang akan menuju ke Bukit Indera Muda. Tahniah diucapkan kepada wan_ps dan pasangan, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Nanti kalau mai penang leh laa TT sama...
MyPC Penang menunggu MyPC Perlis

Sebelum bertolak ke rumah pengantin amik gambaq dulu...

Romantik jugak wan nie noo~~



Meraikan pengantin baru ~ wan_ps


Geng Gagak Hitam ka nie??

Din a.k.a. Nasir nak cari carwash...hahahaha









Sunday, July 4, 2010

Konvoi Durian - Teluk Kumbar

Sila klik pada gambaq utk tumbesaran :)

Time nie baru sampai dusun..semua dah tak sabaq nak makan durian dahh

Best kat dusun nieh..parking pun ada


Memang suasana kampung kat sini...

Makan tu makan jugak..jangan lupa baca doa makan dulu

Pertandingan makan durian..nasib bak takdak yang tercekik

Jangan tiru aksi ini!!

Project Manager Outing Durian Part II merangkap KP Pulau Pinang - Matmie

Rakan-rakan MyPC jauh dah dekat yang sanggup turun memeriahkan lagi Konvoi Durian






Monday, April 19, 2010

TT MyPC Penang @ Pantai Rubina

Setelah agak lama tidak menganjurkan TT dek kerana kesibukan harian, pada 18 April lalu MyPC Pulau Pinang berkesempatan untuk berjumpa dan bertanya khabar sesama ahli. Walaupun perjumpaan ini bukanlah secara rasmi, tetapi perjumpaan ringkas kali ini penuh bermakna kerana meraikan beberapa rakan MyPC yang baru mendapat cahaya mata. Dengan kehadiran hampir 20 ahli, TT kali ini boleh dikatakan yang paling meriah pernah dianjurkan. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir.

Sesi sembang-sembang...

Saudara Nasir @ Udin menerima hamper

Saudara Pakku bersama isteri dan anak

Saudara Alon juga dapat hamper...


Saudara Rahim dengan gaya bapa mithali... :)

Penerima hamper terakhir, Saudara Ajai
Sesi bergambar yang paling ditunggu...


Setelah selesai majlis tersebut, rakan-rakan MyPC telah bergerak ke rumah salah seorang rakan MyPC yang baru selesai menjalani pembedahan iaitu Saudari Anis. Walaupun masih kurang sihat, tetapi beliau masih ramah melayan kunjungan kami. Semoga cepat sembuh dan dapat mengikuti program MyPC yang akan datang.