Monday, April 19, 2010

TT MyPC Penang @ Pantai Rubina

Setelah agak lama tidak menganjurkan TT dek kerana kesibukan harian, pada 18 April lalu MyPC Pulau Pinang berkesempatan untuk berjumpa dan bertanya khabar sesama ahli. Walaupun perjumpaan ini bukanlah secara rasmi, tetapi perjumpaan ringkas kali ini penuh bermakna kerana meraikan beberapa rakan MyPC yang baru mendapat cahaya mata. Dengan kehadiran hampir 20 ahli, TT kali ini boleh dikatakan yang paling meriah pernah dianjurkan. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir.

Sesi sembang-sembang...

Saudara Nasir @ Udin menerima hamper

Saudara Pakku bersama isteri dan anak

Saudara Alon juga dapat hamper...


Saudara Rahim dengan gaya bapa mithali... :)

Penerima hamper terakhir, Saudara Ajai
Sesi bergambar yang paling ditunggu...


Setelah selesai majlis tersebut, rakan-rakan MyPC telah bergerak ke rumah salah seorang rakan MyPC yang baru selesai menjalani pembedahan iaitu Saudari Anis. Walaupun masih kurang sihat, tetapi beliau masih ramah melayan kunjungan kami. Semoga cepat sembuh dan dapat mengikuti program MyPC yang akan datang.