
Tanggal 5 September 2009 - Deruman enjin dari pemilik-pemilik Proton Perdana Malaysia (walaupun ada yang standard) meriuhkan perkarangan Kelab Laguna. Sekalung tahniah buat ZamTT selaku PM event ini kerana sekali lagi telah berjaya menggabungkan ahli-ahli MyPerdanaClub dari beberapa buah negeri. Menghimpunkan kira-kira 40 buah kereta. Tu pun ada yang bagi nama,tapi tak datang sebab, (bini,awek,tunang,XYL) tak bagi datang.

konvoi dari Kedah dan Perlis

konvoi dari Penang

Sampai di destinasi, Kelab Laguna
Upacara majlis - Oleh sebab menunggu ketibaan ahli pada jam 63.0 seperti yang di janjikan(macam biasa,datang lambat), konvoi dari Penang tiba di Laguna Club time orang dah berbuka. So, secara automatiknya lauk habis dan terpaksa tunggu batch lauk yang kedua di hidangkan. Sementara menunggu, kami semua sempat beramas-mesra sesama ahli negeri lain (Perak,Kedah,Perlis, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan)yang sebelum ni cuma dok lawan mengutuk dalam forum.

upacara makan-makan

abg azmay- makan bagi cukup 20hengget

sikap perkauman - penyokong MU buli orang nih
Sesi Tazkirah - Lepas makan, berkumpul di lobi untuk sesi seterusnya, sesi tazkirah versi MyPC oleh tuan prez MyPC dan perkenalan diri untuk setiap ahli. Selepas tamat, sesi berikutnya iaitu sesi penyerahan dan melekatkan sticker bonet untuk ahli.

Sesi Penyerahan Sticker

Sesi Lekatkan sticker

Sesi photografi secara jemaah untuk kenang kenangan.
Majlis bersurai kira-kira jam 11 malam (tu pon sebab kena halau oleh pak guard). Masing-masing membawa haluan sendiri. Jutaan terima kasih kepada semua kerana sudi menjayakan satu lagi event dari MyPC Penang. Tapi diorang ni memang best, walaupun jauh, sanggup turun dari KL,Perlis,Negeri Sembilan (ada? )semata-mata nak memeriahkan majlis ni. Respek la anda semua.
Tamat majlis, sekumpulan ahli-ahli tegar menyambung TT di satu restoran di Sungai Petani.
more pic
http://s22.photobucket.com/albums/b325/nelza_ax/MyPC%20LagunaClub/?start=40
Next event : TT Hari Raya MyPC
letak gambaq ahli baru derum bro...nak tanya kalau org selanor nak lepak group mana
ReplyDelete