Monday, August 23, 2010

Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim


Bersempena dengan bulan ramadan yang penuh keberkatan ini, MyPC Penang dengan rasa penuh keinsafan telah menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik.

Seramai 20 anak yatim dan 10 ibu-ibu tunggal dari Qariah Taman Seri Jenerih, Tikam Batu, Sungai Petani dibawa ke RnR BAgan Ajam bagi majlis berbuka dan penyampaian sumbangan. Dan seperti biasa ramai ahli-ahli MyPC Penang turut turun padang bagi memberikan komitmen bagi menjayakan program amal ini.

Diharap usaha yang sedikit ini dapat memberi seribu makna kepada mereka yang dirai. Dan semoga kehadiran Syawal yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh makna.

Monday, August 9, 2010

Konvoi Pengantin wan_ps

Pada 9 Ogos 2010, MyPC Penang turut meraikan hari bahagia salah seorang ahli dari Perlis iaitu wan_ps. Sebanyak 9 buah kereta berjaya dikumpulkan bagi memeriahkan konvoi pengantin yang akan menuju ke Bukit Indera Muda. Tahniah diucapkan kepada wan_ps dan pasangan, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Nanti kalau mai penang leh laa TT sama...
MyPC Penang menunggu MyPC Perlis

Sebelum bertolak ke rumah pengantin amik gambaq dulu...

Romantik jugak wan nie noo~~



Meraikan pengantin baru ~ wan_ps


Geng Gagak Hitam ka nie??

Din a.k.a. Nasir nak cari carwash...hahahaha